PART 4
Pernikahan
aku dengan Diana dah menjangkau 5 bulan. Mama dengan daddy nampak makin
sayangkan Diana. Semua duk puji Diana baik. Tapi kenapa hati aku macam tak
boleh nampak sikap baik dia. Selama ni aku memang jarang bercakap dengan dia.
Sejak dari pindah, aku keluar rumah pagi, dia tak keluar bilik. Aku balik
kerja, dia bukakan pintu lepas tu masuk bilik semula. Kadang-kadang, dia tidur
rumah Marryn kalau aku outstation. Duit belanja yang aku bagi tiap-tiap minggu,
dia masukkan semula dalam laci meja kerja aku. Kami memang jarang berborak.
Bercakap bila perlu saja.
Tapi aku
rasa keadaan bertambah baik. Dulu, memo di peti sejuk yang jadi perantaraan
kami. Sejak akhir-akhir ni, aku lebih suka melihat muka Diana sekiranya aku
mempunyai pesanan. Kadang kadang aku call dia untuk dengar suara dia. Tak
pernah sekali pun, dia bangkang cakap aku. Diana memang isteri yang baik. Aku
tak tahu perasaan aku pada dia.
“ Hoi….
“
Terkejut
aku dengar suara tu. Kurang asam si Adam ni. Main terjah je bilik aku
“ Dude,
kau tak reti nak ketuk ke pintu bilik aku. Main terjah je ikut suka. Kau ikut
kau tu wartawan Melodi “ ujar aku
“ Ed,
aku dah ketuk berapa puluh kali dah. Kau tu je yang duk termenung tak sedarkan
diri . Kenapa? Teringat bini kat rumah ke? “ saje je Adam cucuk jarum. Mana tau
boleh dapat makluman, boleh aku khabarkan kat Dato berita gembira. Penat aku
jadi spy Dato ni. Yang di Eddie ni, bini punya cantik, takkan tak tergugat langsung.
Tak normal kot kawan aku ni. Bahaya ni ..
“ Adam,
aku rasa lain macam la dengan Diana sekarang. Kalau balik rumah, benda pertama
aku nak tengok adalah muka dia. Sampai office, aku rindu nak dengar suara dia.
Kat rumah, kalau aku takde kat ruang tamu, gelak tawa dia duk ngadap TV je yang
aku dengar dari bilik. Cuba aku duk tengok TV sama-sama dia, satu bunyi pun
takde beb. Paling-paling aku tengok dia senyum je. Dapur kat rumah aku memang
langsung tak berasap. Aku pun tak tahu dia makan kat mana tiap-tiap hari “ aku
mula bercerita pada Adam kerisauan aku.
“ Hey
Ed, dulu kau juga yang beritahu Diana kan, yang dia bukan pilihan kau. Kau yang
cakap kau akan lepaskan dia lepas kau dapat harta kan “
“ Tu
dulu Adam. Sekarang aku selesa dengan dia. Lagi, apa yang aku tahu dari Marryn,
Diana ni paling benci makan kat luar. Dia mesti nak makan masakan rumah. Tu
yang aku heran tu. Aku tak tahu dia makan kat mana selama ni. Duit yang aku
bagi, 1 sen pun tak luat tau. Alih-alih, aku tengok duit tu ada balik dalam
laci meja aku. Kadang-kadang aku tengok mata dia bengkak macam orang baru lepas
nangis. Kalau aku tanya, dia cakap semalam tidur lewat. Marryn pernah cakap
dengan aku yang papa Diana meninggal dunia, masa kitaorang nikah. Adik beradik
dia pun dah halau dia keluar dari kampung. Tak benarkan dia jejak lagi ke
kampung. Tapi benda ni semua, dia takde beritahu aku. Aku risau dengan dia. “.
Aku memang risaukan Diana. Semua benda dia nak pendam sorang-sorang.
“ Ed,
kau kena ikut satu benda. Marryn pernah cakap yang Diana ni kuat. Dia tak suka
tunjuk kesusahan dia kat orang. Kalau ada masalah, dia hanya cerita kat Marryn
je. Dia takkan cerita kat orang lain. So aku rasa kau takyah risau. Sebab kalau
ada masalah mesti Marryn akan beritahu kita kan “ balas
Adam.
“ Tapi
Ed, dari tafsiran aku la. Aku rasa kau dah jatuh cinta dengan Diana. Betul tak?
“ tanya Adam