PART 1
Kursus
pengurusan di Hotel Hilton telah aku
hadiri selama 3 hari. Penatnya badan. Bilik hotel yang cantik ni tak sempat aku
tinjau sampai habis. Macamana aku nak habis tinjau, masuk dewan kursus jam 8.30
pagi, balik bilik selepas jam 12 malam. Dah la aku ni jenis yang tidur awal.
Memang dari dulu, mata aku ni asal jam 10 malam memang akan tertutup. Minum la
banyak kopi tetap tak jalan. Tapi untuk 3 hari ni, aku paksa mata aku bertahan
sebab amanah dari bos besar. Tu pun boleh kira berapa banyak la sangat yang
masuk dalam otak aku. Rasanya dalam 10 peratus je kot yang masuk. Dan yang
paling bosan, slide yang digunakan oleh penceramah adalah dalam bahasa
Mandarin. Memang aku tahu bahasa Mandarin tapi otak nak proses untuk terjemah
satu-satu perkataan buat aku bosan. Banyak juga anak Melayu yang join program ni. Maknanya ramai juga la
yang faham bahasa Mandarin.
Hari ni,
hari terakhir program pengurusan. Memandangkan hari ni hari Jumaat, so aku
sambung bilik hotel ni sampai hari Ahad. Sempat la aku nak window shopping dan
jumpa kawan-kawan aku nanti. Tamat je program, aku nak terus naik ke bilik. Ya
la, badan aku memang penat yang amat sangat. So aku nak berendam dalam tab
mandi dan tidur. Esok nak pergi jalan-jalan.
“ Diana,
you taknak join kita pergi club ke? “
“ Taknak
la Marryn. I nak balik bilik la. Badan I penat “ balas aku. Marryn tu kawan
satu ofis aku. Nama betul dia Siti Marina. Tapi nak kitaorang panggil dia
Marryn. Nampak la moden sikit kan. Sesuai la dengan gaya dia yang memang hot
tu.
“ Ok la.
I pergi dulu. I ada spare-key bilik. You takyah tunggu I la “
“ I dah
dapat gunung emas ni. Aku nak jalan misi. Kalau misi Berjaya, tak perlu I kerja
lagi “ ujar Marryn perlahan kepadaku.
Aku
hanya tergelak kecil dan memandang “gunung emas” yang dikatakan Marryn. Ok, he
not bad. Boleh letak dalam kategori jejaka kacak Malaya. Aku senyum pada
“gunung emas” tu. Tapi apa yang aku dapat, hanya jelingan tajam. Ceh, kerek
giler mamat ni. Ingat aku nak ngorat dia ke. Aku tak hadap la dengan kau si mamat kerek.
Marryn
ni rakan sepejabat merangkap housemate aku juga. Kami dah kenal almost 6 tahun.
Dari mula-mula masuk university sampai sekarang. Tempat kerja kau sekarang ni
milik pakcik Marryn. Dia yang tolong aku dapatkan pekerjaan sekarang. Ya la,
dengan degree yang aku ada tapi pengalaman bekerja yang takde, agak susah untuk
aku mendapatkan pekerjaan. Terlalu ramai degree graduate di Malaysia ni. So
semua berlumba-lumba nak dapatkan pekerjaan yang bagus.
Tiba-tiba
aku terasa nak makan pulak. Tak bagus betul jadual makan aku ni. Tengah-tengah
malam, boleh pulak aku nak melantak makanan. Memandangkan Marryn dah enjoy
herself dengan ‘ gunung emas ‘ dia tu, so aku buat keputusan untuk keluar
mencari makanan di luar hotel. Ala bukan jauh pun. Dekat-dekat area hotel pun
kedai makan. Nak makan kt hotel memang aku tak mampu. Segelas F&N oren dah
cecah RM25. Padahal kat luar aku boleh beli dengan harga RM2 je.
Jam dah
menunjukkan jam 2 pagi ketika aku sampai di bilik hotel. Cepat-cepat aku
menunaikan solat Isyak. Kalau Papa aku tengok aku solat Isyak time-time masa
ni, confirm aku kena ceramah percuma. Habis semua hadis-hadis papa aku
keluarkan kalau agi ceramah. Dah tu mau makan masa 2 jam kalau kena ceramah.
Memang kebas punggung duk dengar ceramah.
Selesai
solat Isyak, aku terus menuju ke bilik air. Memang aku dah aim lama nak
berendam dalam bath tub tu. Aku ni bukan orang senang, bukan juga orang susah.
Aku datang dari keluarga sederhana, so bath tub memang tak pernah ada dalam
rumah aku.. Ketika berada di dalam bilik air, aku terdengar pintu bilik aku
terbuka. Rasanya Marryn dah balik tu. Sebab dia memang ada simpan 1 kunci bilik
hotel. Biar la dia. Bukan aku tak tahu perangai minah ni. Asal balik rumah atau
bilik, dia akan terus tidur. Makeup tak buang, baju tak tukar, terus tidur je.
Seronoknya dapat berendam. Selesa betul badan aku ni. Rasanya dah dekat 1 jam
aku berendam sampai dah naik kecut jari-jari aku ni.
“
Marryn, kau taknak mandi ke? Best giler beb dapat berendam “ jerit aku dari
bilik air.
“ Jaga
la muka degan badan kau tu. Jangan asyik main tidur je lepas balik. Lama-lama
muka kau pun jadi buruk. Kau nak ke muka kau jadi buruk “ sempat pulak aku
membebel-bebel kat Marryn tengah-tengah malam ni.
Sebaik
melangkah keluar dari bilik air, aku terkejut bila terjumpa kemeja, stoking dan
seluar slack bersepah di lantai. Masalah sekarang, baju-baju tu bukan baju perempuan.
Aku pasti Marryn takde baju-baju ni. Ni baju lelaki. LELAKI!!!!
Arrgghhh!!!!!
Spontan
aku tengok gerangan manusia kat atas katil. Memang sah bukan Marryn. Ni lelaki
mana yang masuk bilik aku. Tidur atas katil aku.
“ Wei,
diam boleh tak? Aku nak tidur la “
“ Kau
siapa??? Kenapa ada dalam bilik aku!!! “ memang aku jerit je kat mamat ni.
Bunyi
ketukan bertalu-talu dari luar, membuatkan aku terus melangkah membuka pintu. Ni
mesti si marryn dah balik. Memang aku nak Tanya dia kenapa bawa balik jantan
masuk bilik. Selama ni tak pernah pulak dia bawa balik jantan ke rumah atau
bilik kami. Memang aku nekad nak marah dia. Kalau nak hidup goyang kaki, jangan
nak buat maksiat sampai aku terlibat sama. Nak buat projek, pergi bilik lain.
Dengan rasa geram yang amat sangat, aku terus buka pintu. Dan terlupa aku hanya bertuala ketika itu.
_______________________________________________________________________________
“ Pak
Long, Diana tak kenal lelaki tu. Diana tak tipu pak long. Serius memang Diana
tak kena lelaki tu. Di kt bilik air masa dia masuk. Diana sendiri pun terkejut
“
Ya…aku
kena tangkap basah dengan lelaki tu. Dengan lelaki yang aku tak kenal langsung.
Nama pun aku taktahu. Puas aku merayu kat pak long aku, tapi dia diam je. Air
mata jangan cakap la. Dah berjam-jam aku menangis sampai mata aku dah bengkak
dan sepet. Masa tu Pak Long aku je yang datang. Papa tak datang. Pak Long cakap
papa jatuh sakit lepas dapat panggilan telefon pasal kes tangkap basah aku ni.
“
Marryn, aku tak buat benda tu. Aku sumpah beb. Aku tak tahu macamana boleh ada
lelaki kat bilik kita. “
“ Diana,
sekarang aku nak kau bersabar. Benda dah jadi. Lagipun kau takde bukti yang
tunjukkan kau tak bersalah “ jelas Marryn.
“ kau
cakap apa ni beb!! Ku sendiri kenal aku macamana. Takkan kau nak ckap aku buat
benda tu “ jerit aku. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sakit hati bila Marryn
cakap macam tu. Padahal bukan dia sindir aku. Mamat u….memang nak kena dengan
aku.
Amarah
aku memang tahap paling tinggi bila aku tengok muka mamat ni.
“
Wei….kau ni siapa? Macamana kau boleh suka hati masuk bilik aku? Dah takde
bilik perempuan lain ke kau nak masuk? Kenapa bilik aku bodoh “
“ Hei
perempuan, kau ingat aku hadap sangat dengan kau. Mana la aku ingat macamana
aku boleh masuk bilik kau. Lain kali pintu bilik tu kunci elok-elok. “
“
Bangang betul la kau ni. Dah buat salah, lagi nak tolak salah kat aku. Kau
ni…Bukan kau pergi kelab ke dengan Marryn tadi? “
Aku dah
ingat siapa mamat ni. Ni mamat kerek perasan bagus yang keluar dating dengan
Marryn tadi.
“ Diana,
mamat ni balik awal tadi. Dia cakap sakit kepala. Lepas dia blah, aku date
dengan orang lain la “ bisik Marryn pada aku.
“ Bodoh,
bangang, sial kau!!!! “ memang aku maki hamun mamat perasan bagus.
Pang!!!
“ Diana,
Pak Long tak pernah ajar Di kurang ajar. Orang yang Di maki hamun ni bakal
suami kamu. Pak Long dah bincang dengan keluarga lelaki tu, kami akan nikahkan
kamu berdua “ tegas Pak Long
Ya
Allah, dugaan apa ni. Kenapa aku nak kena kahwin dengan mamat kerek ni. Aku
taknak. Aku sanggup lari dari rumah dari kena paksa kahwin dengan mamat ni.
“ Pak
Long, Marryn, jangan buat Diana macam ni. Diana taknak kajwin dengan dia. Diana
tak kenal dia PaK Long. “ merayu-rayu aku dengan mereka.
Semua
diam je masa aku merayu. Saat tu, ada sepasang tangan memegang bahu aku dan
memeluk aku. Aku terkedu sebab mak lelaki tu yang memeluk dan menenangkan aku.
Kenapa dia tak marah aku. Kalau mak orang lain, memang habis aku kena parang
sebab ditangkap basah dengan anak dia. Tapi makcik ni tenang je.
“ Diana,
jangan menangis sayang. Mama ada. Walaupun mama baru jumpa Diana hari ni, tapi
mama dah suka tengok Diana. Ingat sayang setiap masalah yang berlaku mesti ada
hikmahnya. Jangan menolak takdir yang terjadi. “ usapan lembut dengan kata-kata
yang dituturkan membuatkan aku berasa tenang. Alangkah bagusnya kalau mak aku
masih hidup. Mesti dia akan tolong tenangkan aku.
“ Ma, Ed
ni anak mama. Yang mama pergi pujuk perempuan tu kenapa? “
“ Ed,
benda ni takkan jadi klau Ed tengok no bilik Ed betul-betul. Sekarang mama dengan
daddy dah bersetuju akan nikahkan Ed dengan Diana. “ tegas suara lelaki yang
aku kira bapa kepada mamat kerek tu memberi arahan.
“ Ma, Ed
taknak la kahwin dengan perempuan ni “ merayu-rayu Ed dengan harapan mama akan
berpihak kepadanya.
“ Ed,
umur Ed dah 29 tahun sayang. Dari dulu mama suruh carikan isteri, tapi Ed
taknak. Sekarang Ed takde pilihan lagi. Kalau nak harta, syarikat dan
asset-aset diwasiat pada Ed, so Ed must listen to us. “
Rasanya
bukan mamat tu je yang terkejut bila daddy dia cakap macam tu. Dengan aku
sekali ternganga. Aku pandang mamat kerek tu, mamat kerek tu pandang aku.
Kosong. Masing-masing buat muka nak lepaskan diri. Walaupun memang dah jangka
takkan dapat lepas bila keputusan dah dibuat.
“ Pakcik,
mama, daddy… Ed nak bincang dengan Diana kejap “
Tadi
terkejut kena kahwin. Sekarang aku terkejut sebab mamat kerek ni nak bincang
something dengan aku.
Kami
berbincang dengan baik tentang masalah kami sekarang. Dari apa yang aku tahu,
Ed atau Eddie Hakim ni anak pemilik Garuda Holding. Sebagai syarat pernikahan
ni, dia tak benarkan aku bekerja. Kerja aku duduk kat rumah, jaga rumah, tunggu
rumah. Bukan penunggu rumah tau. Alasannya, dia mampu nak tanggung aku Walaupun
aku dah beritahu aku ni ada banyak hutang nak kena settle. Rumah, kereta, PTPTN
semua nak kena bayar. Tapi Eddie cakap dia akan tanggung semua. Yang penting
aku tak kerja. So nak taknak, aku bersetuju dengan syarat tu. Kat otak aku
memang fikir nak selamatkan maruah keluarga aku. Dan pernikahan kami ni takde
orang yang akan tahu kecuali saudara terdekat saje
Malam tu
juga dengan berwalikan Pak Long, aku bernikah dengan Eddie. Sebaik saje akad
nikah dilafazkan, Pak Long mengajak aku balik ke Kuantan. Katanya papa dah
tenat. Aku meminta kebenaran Eddie untuk
pulang ke Kuantan. Aku ada ajak dia juga tapi dia bagi jelingan tajam kat aku.
Macam takde mulut. Kalau taknak ikut cakap la. Buat muka macam nak makan orang
buat apa. Lagipun sah-sah benda ni jadi sebab salah dia. Patut aku yang lebih marah.
Dan yang
aku paling sakit hati, dia blah macam tu je lepas akad nikah. Dia ingat aku
hadap sangat nak nikah dengan dia. Dia tak nak, aku 1 juta kali taknak dengan
dia. Sepanjang perjalanan ke Kuantan, hanya airmata menemani aku.

