Monday, 19 August 2013

DO YOU LOVE ME (PART 2)




PART 2


 “ Kak Long, Diana sumpah kak. Diana tak buat benda tu kak. Diana nak jumpa papa kak “

“ Diana, aku taknak tengok muka kau jejak rumah arwah papa lagi. Baik kau berambus dari sini. Sebab kau la, papa sakit. Sebab kau la papa meninggal. Aku heran kenapa papa sayang sangat dengan kau. Sedangkan kau la yang conteng arang kat muka dia. Kau la menyebab papa mati “

“ Abang Ngah, Diana tak macam tu. Diana tak buat benda tu. Diana nak papa. “

Papa meninggal dunia ketika aku dan Pak Long dalam perjalanan balik. Aku sedih. Aku kecewa. Aku tak sempat minta ampun dengan papa. Macam kata Abang Ngah, aku la penyebab kematian papa. Kak Long hanya mendiamkan diri saje. Langsung tak berkata apa. Sebaik saje arwah papa dikebumikan, kak Long menghulurkan bagasi baju yang besar kepada aku.

“ Diana….”

“ Kak Long sayangkan Diana. Abang Ngah tu maah sekejap je… Tapi Diana tak boleh tinggal kat sini lagi. Kak long bukan nak halau Diana tapi kami malu dengan perbuatan Diana. Kami semua dah bincang, kami harap Diana jangan jejakkan kaki kt rumah ni lagi. Jangan sesekali mengaku kami ni adik beradik Diana. Anggap je la kita putus saudara. Walaupun jumpa, jangan la kita bertegur siapa. Anggap la kami ni orang asing. Kami akan anggap kami dia adik bernama Diana lagi “

Kata-kata dari Kak Long memberi tamparan besar kepada aku. Kak Long dan Abang Ngah dah taknak mengaku aku adik dorang lagi. Aku sedar, kerana kes di Hotel Hilton tu, mereka buat keputusan mendadak. Tengahari tu juga, aku melangkah keluar dari rumah papa. Takde guna lagi, aku nak bantah apa-apa. Kak Long terus menutup pintu rumah sebaik saja habis berbicara. Dan hanya linangan air mata aku yang mengalir menangisi pemergian aku keluar dari kampung halaman aku.

______________________________________________________________________________

Aku kembali ke KL selepas seminggu arwah papa meninggal. Selepas diusir keluar dari kampung, aku ke Cherating untuk menenangkan fikiran aku. Pemergian arwah papa, pernikahan ekpress, tiada pekerjaan. Seminggu tu jugak, aku mengadap Allah sepanjang masa. Hanya dengan cara itu, aku boleh bertenang. Dan membuatkan aku menjadi lebih kuat.

“ Hello…Marryn. Kau kat mana? “

“ Diana, mana kau hilang. Aku call, sms kau, langsung takde jawab “

“ aku baru sampai rumah kita ni “

“ beb, tunggu aku. Aku balik sekarang. Demi kau, aku sanggup ambil emergeny leave “

Aku bernasib baik sebab Marryn masih berkawan dengan aku walaupun “ gunung emas “ yang dia aim tu dah jadi suami aku. Aku takut dia akan jadi seperti orang lain yang menganggap aku seperti tidak wujud di dunia ini. Tapi syukur, Marryn tak seperti itu. Dia masih melayan aku seperti dulu masih menjadi teman suka duka aku.

“ Diana !!! “

“ Beb, mana kau pergi. Kau tahu tak kau takde kat office, aku kelam kabut. Kerja betimbun-timbun. Adoi…tak larat aku nak buat sorng-sorang “

Amboi minah ni, sempat lagi membebel kat aku. Tak sempat nak letak punggung, dia dah bebel-bebel kat aku tanpa henti. Aku hanya tersenyum melihat gelagat BFF aku ni. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah perangai dia. Orang tengah-tengah sedih pun dia membebel. Tengah happy pun dia membebel.

“ Diana, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? “

“ erkk…. Tadi kau tanya apa ek? Aku tak ingat la “ balas aku

“ Wei, agak-agak la kalau teringat laki kau tu. Aku tanya, laki kau ada call kau tak? “

“ Dia takde no phone ku “ balas aku sambil menggelengkan kepala.

“ Siapa cakap dia takde. Hari tu sebelum kau balik Kuantan, dia minta no phone kau dengan aku. Dia cakap nak cari kau kat Kuantan. Takkan takde kot? “

“ Takde la. Lagipun aku takde off phone pun. Aku dapat sms dengan missed call kau je “

“ Ha…nampak sangat sengaja nak elak diri masa aku call dengan sms ya. Tapi kan… “

“ tapi apa pulak? “

“ 2 hari lepas, laki kau ada datang office kita. Dia cari kau tapi aku cakap kau dah hantar notis. Kau dah letak jawatan. Kau sen…. “

Assalamualaikum….

Aku dan Marryn terus berpaling kearah pintu yang terbuka. Aku terkejut dengan kehadiran tetamu tu.

“ Sorry beb…Aku call dia lepas kau call aku tadi. Dia cakap dia cari kau tak jumpa. Korang bincang la masalah rumah tangga korang ya. Aku buat air jap “

Senyap…Sunyi…..

“ Aku nak kau ikut aku balik rumah hari ni. Mama dengan Daddy dah bising dengan aku. Jangan sebab kau, aku takleh dapat harta Daddy “

Kasar….tu je yang aku boleh tafsirkan dengan arahan yang aku terima dari suami aku. Suami express aku.

“ Saya nak tinggal kat sini dengan Marryn. Saya selesa kat sini “

“ Beb, kau ikut la cakap laki kau tu. Ingat sikit syurga dibawah tapak kaki suami. Berdosa besar lawan suami “

“ Cik Siti Marina, kau dah pernah kahwin ke yang sibuk nak ajar-ajar aku “

“ Wei… nama-nama penuh jangan nak sebut ek. Takyah kahwin nak tahu benda tu. Tengok tv dengan baca majalah pun dah boleh dapat ilmu. At least aku tak macam kau, terperap kat bilik dengan kerja-kerja office sampai tak tahu hal dunia “

Ceh sempat pulak minah ni kutuk aku time-time macam ni. Depan-depan “ suami “ aku pulak tu. Dan aku tengok Eddie tenang je. Seperti tiada ada yang menarik. Aku bet mesti mama dengan daddy dia ugut dia, tu dia cari aku macam nak rak tu. Ya la, kalau dibandingkan dengan personality dia, aku yakin eddie boleh cari perempuan yang lebih baik dari aku untuk dijadikan isteri. Aku mengeluh perlahan memikirkan apa yang telah terjadi.  Akhirnya, aku mengalah dan mengikut Eddie balik. Ya…tempat seorang isteri adalah disisi suami. Walaupun aku hanyalah isteri di atas kertas.

Sebelum bergerak, Marryn sempat mengingtkan aku sekiranya aku mempunyai masalah, dia sentiasa berada disisi aku untuk berkongsi masalah aku. Dan sekali lagi, pemergian aku diiringi dengan airmata aku.

Sepanjang perjalanan, aku dan Eddie tidak bercakap. Hanya bunyi radio berkumandang. Sesekali aku terdengar Eddie ketawa perlahan mendengar celoteh DJ radio. Aku tak berminat untuk mendengar. Masalah yang aku hadapi sekarang ni dah cukup membuatkan aku rimas, lemah.

“ Hoi, bangun dah sampai!! “

Terpisat-pisat aku memandang si empunya suara tu. Kemudian aku pandang depan aku. Mak oi…besar gila rumah ni. Jap..jap…ni rumah ke hotel ni. Apasal besar sangat. Dulu aku pernah tengok rumah besar kat Sandakan. Tapi rumah yang ada depan aku ni, 3kali ganda lebih besar.

“ Hei perempuan, kau nak keluar ke tak ni? Kalau nak tidur dalam kereta ni cakap la “

Dia ni tak pandai cakap elok-elok ke. Main jerkah je. Ingat aku ni apa. Dengan perlahan-lahan, aku melangkah keluar dari kereta Audi Q7 tu. Dan mengikut Eddie dari belakang.

“ Diana…sayang…mama cari Diana dekat seminggu. Nasib baik ada Marina, beritahu mama yang Diana pergi bercuti. Sayang ok tak? “

“ Saya baik Datin “

“ Apa Datin-Datin ni. Kan Diana dah kahwin dengan Eddie. Panggil je mama “

“ Ekk..ya la Da..mama “

“ Eddie, angkat bag Diana bawa masuk bilik kamu “

“ Ma, suruh dia angkat sendiri. Tak pun suruh je bibik angkatkan. Eddie bawa dia balik sini pun dah kira bagus dah tu “ balas Eddie sambil menjeling tajam pada aku. Aku tau la kau benci kau, api akyah la nak sindir-sindir macam tu. Aku ni manusia, ada perasaan.

“ Eh budak ni. Bag isteri sendiri pun taknak angkat “

“ Takpe mama. Diana angkat sendiri. Lagipun barang-barang Diana tak banyak. Diana bawa sikit je. Banyak lagi barang Diana kat umah Marina. Diana naik dulu je mama. Assalamualaikum “ ujar aku sambil bersalam dan mencium tangan ibu mertua aku.

________________________________________________________________________________

Mau dekat 15 minit baru aku sampai kat bilik. Dah la rumah besar, tangga banyak. Mengah juga aku panjat tangga ni dengan bag berat ni. Nak mitak tolong “ suami “, “ suami “ pulak buat aku macam tak wujud je. Takpe la Diana, kuatkan semangat. Jangan menyerah kalah.

“ kau tidur je kat sofa panjang tu. Jangan sesekali naik tidur atas katil aku. Katil ni untuk aku dengan isteri pilihan aku je. Bukan isteri yang kena tangkap basah. “

Begitu tajam ayat yang keluar dari mulut Eddie. Aku tahu aku bukan pilihan dia, dia ingat aku nak sangat kahwin dengan dia. Aku malas nak ambil pusing dengan bergaduh dengan mamat ni. Aku membuka bag pakaian. Sehelai tuala, t-shirt dan track suit aku cakap dan menuju je biik air. Dari dalam bilik air, aku sempat mendengar Eddie mengaahkan aku membersihkan bilik air selepas mandi. Kotor sangat ke aku ni, sampai bilik air nak dicuci setiap kali selepas aku mandi. Selesai mandi, aku menunaikan solat Isyak. Aku lihat Eddie mengadap laptop dengan muka berkerut-kerut. Mungkin dia tengah menyelesaikan tugasan pejabat memandangkan beberapa fail berada di atas katil bersama-samanya.

Aku berbaring di sofa selepas menunaikan solat Isyak. Badan aku betul-betul penat. Mata aku dah nak tertutup. Aku tidur dengan tudung masih di kepala. Walaupun Eddie halal untuk aurat aku tapi aku perlu menjaganya. Memandangkan Eddie pernah berkata pada aku yang aku hanya isteri dia di atas kertas. Dah seminggu aku mendirikan rumahtangga dengan Eddie.  Sevuah hubungan yang kami bedua dah tahu, takkan ada penghujung yang baik. Dia sendiri mengaku dia tiada teman wanita tapi aku bukan wanita idaman dia. Dan dia yakin dia takkan jatuh hati pada aku. Walaupun begitu, dia akan bertanggungjawab dengan perbuatan dia. Ya…dia bernikah dengan aku kerana tanggungjawab. Aku harus sedar tentang itu.

“ Encik Eddie….. “

“ Ehmmmm “

“ Esok pagi boleh hantarkan saya kat rumah Marryn tak? Saya nak ambil boyfriend saya bawa balik sini “

“ Apa??? Boyfriend?? “

“ Encik eddie, maksud saya kereta saya. Saya dah terbiasa panggil kereta tu boyfriend saya kalau bercakap dengan Marryn “ cuak aku nak menjawab. Sebab tadi dah kena jerkah la.

“ Esok jam 8 pagi kita keluar. Aku hantar kau lepas aku nak pergi pejabat. “

“ Terima kasih Encik eddie “

“ Dah ambil kereta, terus balik rumah. Jangan nak merayau-rayau pulak. Jaga air muka aku sikit. “

Aku hanya mengangguk kepala tanpa faham.

“ Kau bangun jap. Aku ak bincang something dengan kau “

Aku terus bangun dan duduk di sofa. Mata aku terkebil-kebil memandang muka Eddie yang penuh dengan tanda tanya.

“ Minggu depan kita pindah. Sebelum ni aku ada beli rumah. Rumah tu aku belikan untuk isteri pilihan aku. Tapi dah kena kahwin dengan kau, jadi kita tinggal sana je la. Rumah aku takde orang gaji, jadi semua kerja rumah, kau kena buat. Kau takyah masak sebab aku taknak makan makanan dari air tangan kau yang kotor tu. Kau pun tak selesa duk sebilik dengan aku, so esok kau pindah duk bilik adik aku, Linda dulu. Dia study kat Japan, so memang takde kat rumah. Pasal parent aku, kau jangan risau. Kita takyah nak berlakon jadi suami isteri yang bahagia. Just show them perangai asal kita. Kau boleh buat apa je yang kau suka. Nak keluar ke mana pun, ikut sukahati kau. Duit belanja aku akan bagi tiap-tiap minggu. Kereta, rumah dengan PTPTN kau pun aku akan bayarkan tiap-tiap bulan “

“ Encik Eddie, kerete, rumah dengan PTPTN saya tu, saya akan settle sendiri. Saya masih ada simpanan yang cukup untuk selesaikan 3 hutang tu. Duit belanja pun takyah bagi sebab saya pun jenis makan kat luar “ balas aku. Aku makan kat luar?? Tolong la. Dah la kat luar tu tak bersih, baik aku masak kat rumah. Adoi…yang mulut aku lancang sangat cakap aku ni jenis makan kat luar tu kenapa.

“ Suka hati kau la. Kalau tak cukup duit, jangan bising dengan aku “

“ Encik Eddie, saya taknak terhutang budi. Nanti tergadai body pulak. Kar…. “

“ Kau ingat aku ni hadap sangat ke nak body kau tu!!”

 Dia ni main jerkah je. Aku belum habis cakap lagi. Nak bagi body aku kat dia, sorry la. Aku pun tak nak la gadaikan diri aku pada kau.

“ Encik Eddie, saya belum habis cakap. Jangan nak main terjah je. Saya nak cakap, tu hari Encik Eddie cakap lepas dapat semua harta, Encik Eddie akan ceraikan saya. Jadi aurat saya ke, body saya ke, semua untuk suami PILIHAN saya “ sengaja aku tekanan perkataan pilihan. Dia ingat dia tu pilihan aku ke.

“ Suka hati kau. Aku nak tidur “ balas Eddie. Geram betul aku dengan minah ni. Dia ingat dia tu lawa sangat nak jadi isteri aku. Rasanya lawa lagi Kak Midah yang jadi bibik mama.


No comments:

Post a Comment