Monday, 19 August 2013

DO YOU LOVE ME (PART 2)




PART 2


 “ Kak Long, Diana sumpah kak. Diana tak buat benda tu kak. Diana nak jumpa papa kak “

“ Diana, aku taknak tengok muka kau jejak rumah arwah papa lagi. Baik kau berambus dari sini. Sebab kau la, papa sakit. Sebab kau la papa meninggal. Aku heran kenapa papa sayang sangat dengan kau. Sedangkan kau la yang conteng arang kat muka dia. Kau la menyebab papa mati “

“ Abang Ngah, Diana tak macam tu. Diana tak buat benda tu. Diana nak papa. “

Papa meninggal dunia ketika aku dan Pak Long dalam perjalanan balik. Aku sedih. Aku kecewa. Aku tak sempat minta ampun dengan papa. Macam kata Abang Ngah, aku la penyebab kematian papa. Kak Long hanya mendiamkan diri saje. Langsung tak berkata apa. Sebaik saje arwah papa dikebumikan, kak Long menghulurkan bagasi baju yang besar kepada aku.

“ Diana….”

“ Kak Long sayangkan Diana. Abang Ngah tu maah sekejap je… Tapi Diana tak boleh tinggal kat sini lagi. Kak long bukan nak halau Diana tapi kami malu dengan perbuatan Diana. Kami semua dah bincang, kami harap Diana jangan jejakkan kaki kt rumah ni lagi. Jangan sesekali mengaku kami ni adik beradik Diana. Anggap je la kita putus saudara. Walaupun jumpa, jangan la kita bertegur siapa. Anggap la kami ni orang asing. Kami akan anggap kami dia adik bernama Diana lagi “

Kata-kata dari Kak Long memberi tamparan besar kepada aku. Kak Long dan Abang Ngah dah taknak mengaku aku adik dorang lagi. Aku sedar, kerana kes di Hotel Hilton tu, mereka buat keputusan mendadak. Tengahari tu juga, aku melangkah keluar dari rumah papa. Takde guna lagi, aku nak bantah apa-apa. Kak Long terus menutup pintu rumah sebaik saja habis berbicara. Dan hanya linangan air mata aku yang mengalir menangisi pemergian aku keluar dari kampung halaman aku.

______________________________________________________________________________

Aku kembali ke KL selepas seminggu arwah papa meninggal. Selepas diusir keluar dari kampung, aku ke Cherating untuk menenangkan fikiran aku. Pemergian arwah papa, pernikahan ekpress, tiada pekerjaan. Seminggu tu jugak, aku mengadap Allah sepanjang masa. Hanya dengan cara itu, aku boleh bertenang. Dan membuatkan aku menjadi lebih kuat.

“ Hello…Marryn. Kau kat mana? “

“ Diana, mana kau hilang. Aku call, sms kau, langsung takde jawab “

“ aku baru sampai rumah kita ni “

“ beb, tunggu aku. Aku balik sekarang. Demi kau, aku sanggup ambil emergeny leave “

Aku bernasib baik sebab Marryn masih berkawan dengan aku walaupun “ gunung emas “ yang dia aim tu dah jadi suami aku. Aku takut dia akan jadi seperti orang lain yang menganggap aku seperti tidak wujud di dunia ini. Tapi syukur, Marryn tak seperti itu. Dia masih melayan aku seperti dulu masih menjadi teman suka duka aku.

“ Diana !!! “

“ Beb, mana kau pergi. Kau tahu tak kau takde kat office, aku kelam kabut. Kerja betimbun-timbun. Adoi…tak larat aku nak buat sorng-sorang “

Amboi minah ni, sempat lagi membebel kat aku. Tak sempat nak letak punggung, dia dah bebel-bebel kat aku tanpa henti. Aku hanya tersenyum melihat gelagat BFF aku ni. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah perangai dia. Orang tengah-tengah sedih pun dia membebel. Tengah happy pun dia membebel.

“ Diana, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? “

“ erkk…. Tadi kau tanya apa ek? Aku tak ingat la “ balas aku

“ Wei, agak-agak la kalau teringat laki kau tu. Aku tanya, laki kau ada call kau tak? “

“ Dia takde no phone ku “ balas aku sambil menggelengkan kepala.

“ Siapa cakap dia takde. Hari tu sebelum kau balik Kuantan, dia minta no phone kau dengan aku. Dia cakap nak cari kau kat Kuantan. Takkan takde kot? “

“ Takde la. Lagipun aku takde off phone pun. Aku dapat sms dengan missed call kau je “

“ Ha…nampak sangat sengaja nak elak diri masa aku call dengan sms ya. Tapi kan… “

“ tapi apa pulak? “

“ 2 hari lepas, laki kau ada datang office kita. Dia cari kau tapi aku cakap kau dah hantar notis. Kau dah letak jawatan. Kau sen…. “

Assalamualaikum….

Aku dan Marryn terus berpaling kearah pintu yang terbuka. Aku terkejut dengan kehadiran tetamu tu.

“ Sorry beb…Aku call dia lepas kau call aku tadi. Dia cakap dia cari kau tak jumpa. Korang bincang la masalah rumah tangga korang ya. Aku buat air jap “

Senyap…Sunyi…..

“ Aku nak kau ikut aku balik rumah hari ni. Mama dengan Daddy dah bising dengan aku. Jangan sebab kau, aku takleh dapat harta Daddy “

Kasar….tu je yang aku boleh tafsirkan dengan arahan yang aku terima dari suami aku. Suami express aku.

“ Saya nak tinggal kat sini dengan Marryn. Saya selesa kat sini “

“ Beb, kau ikut la cakap laki kau tu. Ingat sikit syurga dibawah tapak kaki suami. Berdosa besar lawan suami “

“ Cik Siti Marina, kau dah pernah kahwin ke yang sibuk nak ajar-ajar aku “

“ Wei… nama-nama penuh jangan nak sebut ek. Takyah kahwin nak tahu benda tu. Tengok tv dengan baca majalah pun dah boleh dapat ilmu. At least aku tak macam kau, terperap kat bilik dengan kerja-kerja office sampai tak tahu hal dunia “

Ceh sempat pulak minah ni kutuk aku time-time macam ni. Depan-depan “ suami “ aku pulak tu. Dan aku tengok Eddie tenang je. Seperti tiada ada yang menarik. Aku bet mesti mama dengan daddy dia ugut dia, tu dia cari aku macam nak rak tu. Ya la, kalau dibandingkan dengan personality dia, aku yakin eddie boleh cari perempuan yang lebih baik dari aku untuk dijadikan isteri. Aku mengeluh perlahan memikirkan apa yang telah terjadi.  Akhirnya, aku mengalah dan mengikut Eddie balik. Ya…tempat seorang isteri adalah disisi suami. Walaupun aku hanyalah isteri di atas kertas.

Sebelum bergerak, Marryn sempat mengingtkan aku sekiranya aku mempunyai masalah, dia sentiasa berada disisi aku untuk berkongsi masalah aku. Dan sekali lagi, pemergian aku diiringi dengan airmata aku.

Sepanjang perjalanan, aku dan Eddie tidak bercakap. Hanya bunyi radio berkumandang. Sesekali aku terdengar Eddie ketawa perlahan mendengar celoteh DJ radio. Aku tak berminat untuk mendengar. Masalah yang aku hadapi sekarang ni dah cukup membuatkan aku rimas, lemah.

“ Hoi, bangun dah sampai!! “

Terpisat-pisat aku memandang si empunya suara tu. Kemudian aku pandang depan aku. Mak oi…besar gila rumah ni. Jap..jap…ni rumah ke hotel ni. Apasal besar sangat. Dulu aku pernah tengok rumah besar kat Sandakan. Tapi rumah yang ada depan aku ni, 3kali ganda lebih besar.

“ Hei perempuan, kau nak keluar ke tak ni? Kalau nak tidur dalam kereta ni cakap la “

Dia ni tak pandai cakap elok-elok ke. Main jerkah je. Ingat aku ni apa. Dengan perlahan-lahan, aku melangkah keluar dari kereta Audi Q7 tu. Dan mengikut Eddie dari belakang.

“ Diana…sayang…mama cari Diana dekat seminggu. Nasib baik ada Marina, beritahu mama yang Diana pergi bercuti. Sayang ok tak? “

“ Saya baik Datin “

“ Apa Datin-Datin ni. Kan Diana dah kahwin dengan Eddie. Panggil je mama “

“ Ekk..ya la Da..mama “

“ Eddie, angkat bag Diana bawa masuk bilik kamu “

“ Ma, suruh dia angkat sendiri. Tak pun suruh je bibik angkatkan. Eddie bawa dia balik sini pun dah kira bagus dah tu “ balas Eddie sambil menjeling tajam pada aku. Aku tau la kau benci kau, api akyah la nak sindir-sindir macam tu. Aku ni manusia, ada perasaan.

“ Eh budak ni. Bag isteri sendiri pun taknak angkat “

“ Takpe mama. Diana angkat sendiri. Lagipun barang-barang Diana tak banyak. Diana bawa sikit je. Banyak lagi barang Diana kat umah Marina. Diana naik dulu je mama. Assalamualaikum “ ujar aku sambil bersalam dan mencium tangan ibu mertua aku.

________________________________________________________________________________

Mau dekat 15 minit baru aku sampai kat bilik. Dah la rumah besar, tangga banyak. Mengah juga aku panjat tangga ni dengan bag berat ni. Nak mitak tolong “ suami “, “ suami “ pulak buat aku macam tak wujud je. Takpe la Diana, kuatkan semangat. Jangan menyerah kalah.

“ kau tidur je kat sofa panjang tu. Jangan sesekali naik tidur atas katil aku. Katil ni untuk aku dengan isteri pilihan aku je. Bukan isteri yang kena tangkap basah. “

Begitu tajam ayat yang keluar dari mulut Eddie. Aku tahu aku bukan pilihan dia, dia ingat aku nak sangat kahwin dengan dia. Aku malas nak ambil pusing dengan bergaduh dengan mamat ni. Aku membuka bag pakaian. Sehelai tuala, t-shirt dan track suit aku cakap dan menuju je biik air. Dari dalam bilik air, aku sempat mendengar Eddie mengaahkan aku membersihkan bilik air selepas mandi. Kotor sangat ke aku ni, sampai bilik air nak dicuci setiap kali selepas aku mandi. Selesai mandi, aku menunaikan solat Isyak. Aku lihat Eddie mengadap laptop dengan muka berkerut-kerut. Mungkin dia tengah menyelesaikan tugasan pejabat memandangkan beberapa fail berada di atas katil bersama-samanya.

Aku berbaring di sofa selepas menunaikan solat Isyak. Badan aku betul-betul penat. Mata aku dah nak tertutup. Aku tidur dengan tudung masih di kepala. Walaupun Eddie halal untuk aurat aku tapi aku perlu menjaganya. Memandangkan Eddie pernah berkata pada aku yang aku hanya isteri dia di atas kertas. Dah seminggu aku mendirikan rumahtangga dengan Eddie.  Sevuah hubungan yang kami bedua dah tahu, takkan ada penghujung yang baik. Dia sendiri mengaku dia tiada teman wanita tapi aku bukan wanita idaman dia. Dan dia yakin dia takkan jatuh hati pada aku. Walaupun begitu, dia akan bertanggungjawab dengan perbuatan dia. Ya…dia bernikah dengan aku kerana tanggungjawab. Aku harus sedar tentang itu.

“ Encik Eddie….. “

“ Ehmmmm “

“ Esok pagi boleh hantarkan saya kat rumah Marryn tak? Saya nak ambil boyfriend saya bawa balik sini “

“ Apa??? Boyfriend?? “

“ Encik eddie, maksud saya kereta saya. Saya dah terbiasa panggil kereta tu boyfriend saya kalau bercakap dengan Marryn “ cuak aku nak menjawab. Sebab tadi dah kena jerkah la.

“ Esok jam 8 pagi kita keluar. Aku hantar kau lepas aku nak pergi pejabat. “

“ Terima kasih Encik eddie “

“ Dah ambil kereta, terus balik rumah. Jangan nak merayau-rayau pulak. Jaga air muka aku sikit. “

Aku hanya mengangguk kepala tanpa faham.

“ Kau bangun jap. Aku ak bincang something dengan kau “

Aku terus bangun dan duduk di sofa. Mata aku terkebil-kebil memandang muka Eddie yang penuh dengan tanda tanya.

“ Minggu depan kita pindah. Sebelum ni aku ada beli rumah. Rumah tu aku belikan untuk isteri pilihan aku. Tapi dah kena kahwin dengan kau, jadi kita tinggal sana je la. Rumah aku takde orang gaji, jadi semua kerja rumah, kau kena buat. Kau takyah masak sebab aku taknak makan makanan dari air tangan kau yang kotor tu. Kau pun tak selesa duk sebilik dengan aku, so esok kau pindah duk bilik adik aku, Linda dulu. Dia study kat Japan, so memang takde kat rumah. Pasal parent aku, kau jangan risau. Kita takyah nak berlakon jadi suami isteri yang bahagia. Just show them perangai asal kita. Kau boleh buat apa je yang kau suka. Nak keluar ke mana pun, ikut sukahati kau. Duit belanja aku akan bagi tiap-tiap minggu. Kereta, rumah dengan PTPTN kau pun aku akan bayarkan tiap-tiap bulan “

“ Encik Eddie, kerete, rumah dengan PTPTN saya tu, saya akan settle sendiri. Saya masih ada simpanan yang cukup untuk selesaikan 3 hutang tu. Duit belanja pun takyah bagi sebab saya pun jenis makan kat luar “ balas aku. Aku makan kat luar?? Tolong la. Dah la kat luar tu tak bersih, baik aku masak kat rumah. Adoi…yang mulut aku lancang sangat cakap aku ni jenis makan kat luar tu kenapa.

“ Suka hati kau la. Kalau tak cukup duit, jangan bising dengan aku “

“ Encik Eddie, saya taknak terhutang budi. Nanti tergadai body pulak. Kar…. “

“ Kau ingat aku ni hadap sangat ke nak body kau tu!!”

 Dia ni main jerkah je. Aku belum habis cakap lagi. Nak bagi body aku kat dia, sorry la. Aku pun tak nak la gadaikan diri aku pada kau.

“ Encik Eddie, saya belum habis cakap. Jangan nak main terjah je. Saya nak cakap, tu hari Encik Eddie cakap lepas dapat semua harta, Encik Eddie akan ceraikan saya. Jadi aurat saya ke, body saya ke, semua untuk suami PILIHAN saya “ sengaja aku tekanan perkataan pilihan. Dia ingat dia tu pilihan aku ke.

“ Suka hati kau. Aku nak tidur “ balas Eddie. Geram betul aku dengan minah ni. Dia ingat dia tu lawa sangat nak jadi isteri aku. Rasanya lawa lagi Kak Midah yang jadi bibik mama.


Friday, 16 August 2013

DO YOU LOVE ME (PART 1)

PART 1



Kursus pengurusan  di Hotel Hilton telah aku hadiri selama 3 hari. Penatnya badan. Bilik hotel yang cantik ni tak sempat aku tinjau sampai habis. Macamana aku nak habis tinjau, masuk dewan kursus jam 8.30 pagi, balik bilik selepas jam 12 malam. Dah la aku ni jenis yang tidur awal. Memang dari dulu, mata aku ni asal jam 10 malam memang akan tertutup. Minum la banyak kopi tetap tak jalan. Tapi untuk 3 hari ni, aku paksa mata aku bertahan sebab amanah dari bos besar. Tu pun boleh kira berapa banyak la sangat yang masuk dalam otak aku. Rasanya dalam 10 peratus je kot yang masuk. Dan yang paling bosan, slide yang digunakan oleh penceramah adalah dalam bahasa Mandarin. Memang aku tahu bahasa Mandarin tapi otak nak proses untuk terjemah satu-satu perkataan buat aku bosan. Banyak juga anak Melayu yang join program ni. Maknanya ramai juga la yang faham bahasa Mandarin.

Hari ni, hari terakhir program pengurusan. Memandangkan hari ni hari Jumaat, so aku sambung bilik hotel ni sampai hari Ahad. Sempat la aku nak window shopping dan jumpa kawan-kawan aku nanti. Tamat je program, aku nak terus naik ke bilik. Ya la, badan aku memang penat yang amat sangat. So aku nak berendam dalam tab mandi dan tidur. Esok nak pergi jalan-jalan.

“ Diana, you taknak join kita pergi club ke? “

“ Taknak la Marryn. I nak balik bilik la. Badan I penat “ balas aku. Marryn tu kawan satu ofis aku. Nama betul dia Siti Marina. Tapi nak kitaorang panggil dia Marryn. Nampak la moden sikit kan. Sesuai la dengan gaya dia yang memang hot tu.

“ Ok la. I pergi dulu. I ada spare-key bilik. You takyah tunggu I la “

“ I dah dapat gunung emas ni. Aku nak jalan misi. Kalau misi Berjaya, tak perlu I kerja lagi “ ujar Marryn perlahan kepadaku.

Aku hanya tergelak kecil dan memandang “gunung emas” yang dikatakan Marryn. Ok, he not bad. Boleh letak dalam kategori jejaka kacak Malaya. Aku senyum pada “gunung emas” tu. Tapi apa yang aku dapat, hanya jelingan tajam. Ceh, kerek giler mamat ni. Ingat aku nak ngorat dia ke.  Aku tak hadap la dengan kau si mamat kerek.

Marryn ni rakan sepejabat merangkap housemate aku juga. Kami dah kenal almost 6 tahun. Dari mula-mula masuk university sampai sekarang. Tempat kerja kau sekarang ni milik pakcik Marryn. Dia yang tolong aku dapatkan pekerjaan sekarang. Ya la, dengan degree yang aku ada tapi pengalaman bekerja yang takde, agak susah untuk aku mendapatkan pekerjaan. Terlalu ramai degree graduate di Malaysia ni. So semua berlumba-lumba nak dapatkan pekerjaan yang bagus.

Tiba-tiba aku terasa nak makan pulak. Tak bagus betul jadual makan aku ni. Tengah-tengah malam, boleh pulak aku nak melantak makanan. Memandangkan Marryn dah enjoy herself dengan ‘ gunung emas ‘ dia tu, so aku buat keputusan untuk keluar mencari makanan di luar hotel. Ala bukan jauh pun. Dekat-dekat area hotel pun kedai makan. Nak makan kt hotel memang aku tak mampu. Segelas F&N oren dah cecah RM25. Padahal kat luar aku boleh beli dengan harga RM2 je.

Jam dah menunjukkan jam 2 pagi ketika aku sampai di bilik hotel. Cepat-cepat aku menunaikan solat Isyak. Kalau Papa aku tengok aku solat Isyak time-time masa ni, confirm aku kena ceramah percuma. Habis semua hadis-hadis papa aku keluarkan kalau agi ceramah. Dah tu mau makan masa 2 jam kalau kena ceramah. Memang kebas punggung duk dengar ceramah.

Selesai solat Isyak, aku terus menuju ke bilik air. Memang aku dah aim lama nak berendam dalam bath tub tu. Aku ni bukan orang senang, bukan juga orang susah. Aku datang dari keluarga sederhana, so bath tub memang tak pernah ada dalam rumah aku.. Ketika berada di dalam bilik air, aku terdengar pintu bilik aku terbuka. Rasanya Marryn dah balik tu. Sebab dia memang ada simpan 1 kunci bilik hotel. Biar la dia. Bukan aku tak tahu perangai minah ni. Asal balik rumah atau bilik, dia akan terus tidur. Makeup tak buang, baju tak tukar, terus tidur je. Seronoknya dapat berendam. Selesa betul badan aku ni. Rasanya dah dekat 1 jam aku berendam sampai dah naik kecut jari-jari aku ni.

“ Marryn, kau taknak mandi ke? Best giler beb dapat berendam “ jerit aku dari bilik air.

“ Jaga la muka degan badan kau tu. Jangan asyik main tidur je lepas balik. Lama-lama muka kau pun jadi buruk. Kau nak ke muka kau jadi buruk “ sempat pulak aku membebel-bebel kat Marryn tengah-tengah malam ni.

Sebaik melangkah keluar dari bilik air, aku terkejut bila terjumpa kemeja, stoking dan seluar slack bersepah di lantai. Masalah sekarang, baju-baju tu bukan baju perempuan. Aku pasti Marryn takde baju-baju ni. Ni baju lelaki. LELAKI!!!!

Arrgghhh!!!!!

Spontan aku tengok gerangan manusia kat atas katil. Memang sah bukan Marryn. Ni lelaki mana yang masuk bilik aku. Tidur atas katil aku.

“ Wei, diam boleh tak? Aku nak tidur la “

“ Kau siapa??? Kenapa ada dalam bilik aku!!! “ memang aku jerit je kat mamat ni.

Bunyi ketukan bertalu-talu dari luar, membuatkan aku terus melangkah membuka pintu. Ni mesti si marryn dah balik. Memang aku nak Tanya dia kenapa bawa balik jantan masuk bilik. Selama ni tak pernah pulak dia bawa balik jantan ke rumah atau bilik kami. Memang aku nekad nak marah dia. Kalau nak hidup goyang kaki, jangan nak buat maksiat sampai aku terlibat sama. Nak buat projek, pergi bilik lain. Dengan rasa geram yang amat sangat, aku terus buka pintu. Dan terlupa aku hanya bertuala ketika itu.

_______________________________________________________________________________

“ Pak Long, Diana tak kenal lelaki tu. Diana tak tipu pak long. Serius memang Diana tak kena lelaki tu. Di kt bilik air masa dia masuk. Diana sendiri pun terkejut “

Ya…aku kena tangkap basah dengan lelaki tu. Dengan lelaki yang aku tak kenal langsung. Nama pun aku taktahu. Puas aku merayu kat pak long aku, tapi dia diam je. Air mata jangan cakap la. Dah berjam-jam aku menangis sampai mata aku dah bengkak dan sepet. Masa tu Pak Long aku je yang datang. Papa tak datang. Pak Long cakap papa jatuh sakit lepas dapat panggilan telefon pasal kes tangkap basah aku ni.

“ Marryn, aku tak buat benda tu. Aku sumpah beb. Aku tak tahu macamana boleh ada lelaki kat bilik kita. “

“ Diana, sekarang aku nak kau bersabar. Benda dah jadi. Lagipun kau takde bukti yang tunjukkan kau tak bersalah “ jelas Marryn.

“ kau cakap apa ni beb!! Ku sendiri kenal aku macamana. Takkan kau nak ckap aku buat benda tu “ jerit aku. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sakit hati bila Marryn cakap macam tu. Padahal bukan dia sindir aku. Mamat u….memang nak kena dengan aku.

Amarah aku memang tahap paling tinggi bila aku tengok muka mamat ni.

“ Wei….kau ni siapa? Macamana kau boleh suka hati masuk bilik aku? Dah takde bilik perempuan lain ke kau nak masuk? Kenapa bilik aku bodoh “

“ Hei perempuan, kau ingat aku hadap sangat dengan kau. Mana la aku ingat macamana aku boleh masuk bilik kau. Lain kali pintu bilik tu kunci elok-elok. “

“ Bangang betul la kau ni. Dah buat salah, lagi nak tolak salah kat aku. Kau ni…Bukan kau pergi kelab ke dengan Marryn tadi? “

Aku dah ingat siapa mamat ni. Ni mamat kerek perasan bagus yang keluar dating dengan Marryn tadi.

“ Diana, mamat ni balik awal tadi. Dia cakap sakit kepala. Lepas dia blah, aku date dengan orang lain la “ bisik Marryn pada aku.

“ Bodoh, bangang, sial kau!!!! “ memang aku maki hamun mamat perasan bagus.

Pang!!!

“ Diana, Pak Long tak pernah ajar Di kurang ajar. Orang yang Di maki hamun ni bakal suami kamu. Pak Long dah bincang dengan keluarga lelaki tu, kami akan nikahkan kamu berdua “ tegas Pak Long

Ya Allah, dugaan apa ni. Kenapa aku nak kena kahwin dengan mamat kerek ni. Aku taknak. Aku sanggup lari dari rumah dari kena paksa kahwin dengan mamat ni.

“ Pak Long, Marryn, jangan buat Diana macam ni. Diana taknak kajwin dengan dia. Diana tak kenal dia PaK Long. “ merayu-rayu aku dengan mereka.

Semua diam je masa aku merayu. Saat tu, ada sepasang tangan memegang bahu aku dan memeluk aku. Aku terkedu sebab mak lelaki tu yang memeluk dan menenangkan aku. Kenapa dia tak marah aku. Kalau mak orang lain, memang habis aku kena parang sebab ditangkap basah dengan anak dia. Tapi makcik ni tenang je.

“ Diana, jangan menangis sayang. Mama ada. Walaupun mama baru jumpa Diana hari ni, tapi mama dah suka tengok Diana. Ingat sayang setiap masalah yang berlaku mesti ada hikmahnya. Jangan menolak takdir yang terjadi. “ usapan lembut dengan kata-kata yang dituturkan membuatkan aku berasa tenang. Alangkah bagusnya kalau mak aku masih hidup. Mesti dia akan tolong tenangkan aku.

“ Ma, Ed ni anak mama. Yang mama pergi pujuk perempuan tu kenapa? “

“ Ed, benda ni takkan jadi klau Ed tengok no bilik Ed betul-betul. Sekarang mama dengan daddy dah bersetuju akan nikahkan Ed dengan Diana. “ tegas suara lelaki yang aku kira bapa kepada mamat kerek tu memberi arahan.

“ Ma, Ed taknak la kahwin dengan perempuan ni “ merayu-rayu Ed dengan harapan mama akan berpihak kepadanya.

“ Ed, umur Ed dah 29 tahun sayang. Dari dulu mama suruh carikan isteri, tapi Ed taknak. Sekarang Ed takde pilihan lagi. Kalau nak harta, syarikat dan asset-aset diwasiat pada Ed, so Ed must listen to us. “

Rasanya bukan mamat tu je yang terkejut bila daddy dia cakap macam tu. Dengan aku sekali ternganga. Aku pandang mamat kerek tu, mamat kerek tu pandang aku. Kosong. Masing-masing buat muka nak lepaskan diri. Walaupun memang dah jangka takkan dapat lepas bila keputusan dah dibuat.

“ Pakcik, mama, daddy… Ed nak bincang dengan Diana kejap “

Tadi terkejut kena kahwin. Sekarang aku terkejut sebab mamat kerek ni nak bincang something dengan aku.

Kami berbincang dengan baik tentang masalah kami sekarang. Dari apa yang aku tahu, Ed atau Eddie Hakim ni anak pemilik Garuda Holding. Sebagai syarat pernikahan ni, dia tak benarkan aku bekerja. Kerja aku duduk kat rumah, jaga rumah, tunggu rumah. Bukan penunggu rumah tau. Alasannya, dia mampu nak tanggung aku Walaupun aku dah beritahu aku ni ada banyak hutang nak kena settle. Rumah, kereta, PTPTN semua nak kena bayar. Tapi Eddie cakap dia akan tanggung semua. Yang penting aku tak kerja. So nak taknak, aku bersetuju dengan syarat tu. Kat otak aku memang fikir nak selamatkan maruah keluarga aku. Dan pernikahan kami ni takde orang yang akan tahu kecuali saudara terdekat saje

Malam tu juga dengan berwalikan Pak Long, aku bernikah dengan Eddie. Sebaik saje akad nikah dilafazkan, Pak Long mengajak aku balik ke Kuantan. Katanya papa dah tenat.  Aku meminta kebenaran Eddie untuk pulang ke Kuantan. Aku ada ajak dia juga tapi dia bagi jelingan tajam kat aku. Macam takde mulut. Kalau taknak ikut cakap la. Buat muka macam nak makan orang buat apa. Lagipun sah-sah benda ni jadi sebab salah dia. Patut aku yang lebih marah.

Dan yang aku paling sakit hati, dia blah macam tu je lepas akad nikah. Dia ingat aku hadap sangat nak nikah dengan dia. Dia tak nak, aku 1 juta kali taknak dengan dia. Sepanjang perjalanan ke Kuantan, hanya airmata menemani aku.


Monday, 22 July 2013

Maafkan.....



Aku baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi. Dengan keputusan yang boleh dikatakan cemerlang, aku memberanikan diri untuk memohon universiti di Korea. Alhamdulliah, berkat doa dari mak ayah, aku berjaya. Dan yang paling membanggakan aku, segala pembelajaran aku dia sana akan di tanggung oleh JPA sepenuhnya. Tapi setiap kegembiraan, mesti ada sedihnya.

Ayah meminta aku bernikah dengan anak kenalannya sebelum melanjutkan pelajaran. Menurut ayah, anak kenalannya menetap di Korea. Jadi itu salah satu cara yang ayah yakin aku takkan bergaul bebas di sana. Pendek kata, ada la orang jaga aku kat sana. So ayah pun takde la risau. Disebabkan aku nak sangat ke Korea, aku terima je syarat ayah tu. Lagipun aku yakin jodoh pilihan keluarga memang jodoh terbaik. Dah la aku ni takde kawan istimewa, so terima je la. boleh jugak aku ikut trend Bercinta Lepas Nikah ni. Hahahaha... Gatal jugak aku ni. Biar la, aku gatal dengan suami aku je.

Hari ni, aku akan berjumpa dengan bakal suami aku. Itu pun selepas didesak beberapa kali oleh mak. Kalau ikutkan hati aku, aku nak jumpa dia selepas akad nikah je. Baru surprise. Hahaha...

" Nani.... dah siap ke belum? Itu Kimi dah sampai". Huh..suara mak aku boleh tahan. Jerit je dari bawah. Kalau nak tau, Kimi tu bakal suami aku. Kitaorang akan nikah lagi 2 minggu. Ni first time aku jumpa dia. Dan memang tak pernah jumpa dia pun sebelum ni.

" Mak, bagi 10 minit. Nani dah nak siap ni" balas aku. Hehehe. Aku pun main jerit jugak, sama macam mak aku.

Kelam kabut aku turun dari bilik aku. Orang dah tunggu aku. Takkan aku nak terhegeh-hegeh. Kena la jaga air muka sikit. Aku pun taknak orang tunggu aku lama-lama. Sebaik kaki aku melangkah tangga yang terakhir, aku nampak seorang lelaki sedang berborak dengan mak. Alahai, mesranya dia dengan mak mentua. Tinggi, kulit putih, rambut pacak cam TOP Big Bang. Bagus..bagus...memang calon yang bagus ni. Confirm aku boleh bahagia seumur hidup ni.

" Assalamualaikum..." ceh aku bagi salam. Control ayu beb. Kalau tunjuk belang, karang kena reject pulak.

" Ha..nani, turun pun kau ya. Ni Kimi. Dah keluar tu, jangan balik lewat ya. Jaga batas sikit. " sempat jugak mak aku ni bagi ceramah. Aku tahu la.

" Ya la mak. Mak ingat Nani budak kecil ke." sempat aku menjawab dengan mak aku. Tapi aku bisik kat telinga mak aku je la. Dah tu cepat-cepat aku keluar, takut mak aku jerit kat aku. Dah tu aku naik la kereta si Kimi ni. Kereta BMW beb. Aku malas nak tanya dia, kereta siapa sebab yang aku tahu dia menetap kat Korea. Mungkin ni kereta keluarga dia kot. Sepanjang perjalanan ke Pavilion, kitaorang langsung tak bercakap apa. Alahai...dia ni biar betul. Tadi aku tengok dia bukan main lagi berborak mesra dengan mak aku. Dengan aku, takde perkataan keluar dari mulut dia. Cume tadi je dia cakap nak g Pavilion.

" Dah sampai, keluar la. Ke nak aku dukung kau ". Serius aku terkejut gila masa dia cakap macam tu. Sebab dia bukan cakap, dia jerit kat aku. Terkebil-kebil mata aku tengok muka dia. Aku macam tak percaya sebab dengan mak aku sopan gila dia ni. Ala..layan je la. Lagipun aku bukan sopan sangat. Dalam hati aku tetap ROCK..

" Nak keluar la ni. Terima kasih ya encik, saya ni ada kaki. Belum lumpuh lgi. Saya jalan sendiri ya" jawab aku. Nak je aku sembur dia ni lagi, tapi malas. Aku sembur sikit-sikit je.

Kitaorang makan kat Da On Fine Korean Cuisine. Restoran Korea. Mamat ni agaknya tak leh nak telan makanan Malaysia ke. Dah la duk Korea. Balik Malaysia pun ajak aku makan makanan Korea. Nak tanya, tapi aku takut. Ada karang dia jerit kat aku. Baik aku diam-diam je. Lagipun aku ni jenis bedal je semua makanan. Tolak batu, kayu dengan yang tak halal. Yang halal, semua aku telan masuk perut aku.

" Wei, budak. aku nak beritahu kau something ni ".

" Encik Kimi, nama saya Nani. Bukan budak. Saya dah umu 21 tahun. Cakap la " balas aku. Suka hati di aje panggil aku budak. Dia ingat dia tu besar sangat ke. Kecik je aku tengok. Beza umur dia dengan aku 8 tahun. 

" Aku tak setuju dengan plan parents kita. Aku dah ada calon sendiri. Jadi even kita dah nikah pun, aku taknak kau harap apa-apa dari aku. Aku akan bagi kau makan, tempat tinggal. Selaga nafkah zahir aku akan bagi. Tapi yang nafkah satu lagi tu, aku tak boleh janji. Kau faham-faham la " ujar Kimi. Adoi....merah pulak muka aku sebut pasal nafkah-nafkah ni.

Ni rupanya benda yang Encik Kimi nak bagitahu aku. So aku rasa, aku takleh letak dia as suami impian aku. Sebab dia sendiri dah ada calon. Aku ni kira menumpang je la.

" Encik Kimi jangan risau. Saya setuju pasal pernikahan ni sebab nak sambung belajar. Ayah saya takut saya bergaul bebas dengan budak-budak Korea tu. Takpe la kalau Encik Kimi dah ada calon. Saya takkan halang. Saya tahu batas saya. Saya pun tak halang kalau awak nak nikah dengan buah hati awak. Dan soal cerai tu, saya letak atas tangan Encik Kimi. Saya terima semuanya " balas aku. 

Kimi hanya diam selepas aku memberitahu jawapan aku. Biar la dia fikir sendiri. Aku malas nak fikir. Yang penting sekarang, aku sambung belajar. Selera makan aku hilang dah. Punya sedap aku tengok si Kimi ni makan. Tak tengok kiri kanan. Dan aku hanya tengok je makanan tu. Bukan aku tak boleh telan tapi selera aku hilang lepas dengar kata-kata dari Kimi. 

" Kau tak makan apasal? Makan la " ujar Kimi. Budak ni kenapa pulak ni. Tadi aku tengok punya semangat nak makan. Alih-alih tak makan pulak.

" Saya kenyang" jawab aku. Malas nak lebih-lebih. Memang hilang selera makan aku ngadap muka mamat ni. 

Habis makan, aku terus ajak Kimi balik rumah. Alasan aku nak siapkan dokumen nak ke Korea. Dengan nak siapkan barang-barang untuk majlis kitaorang lagi. Kimi hanya mengangguk saje. Biarlah, lagipun aku dah janji dengan dia yang aku takkan taruh harapan dari dia.

Balik je rumah, aku terus masuk ke bilik. Mak ada tanya juga macamana lumch aku dengan Kimi. Aku cakap OK je. Takpe la, ada masa nanti aku akan cerita semua kat mak. Tapi bukan sekarang. Masa tu akan sampai jugak nanti. Sekarang yang penting, aku nak sambung belajar. Baru tadi pagi aku berangan bahagia dengan Kimi. Sekarang takde bahagia sampai seumur hidupnya. Silap hari bulan, hari ni nikah, esok aku dah kena cerai. Mampus kau Nani...Pasrah je la.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masuk hari ni, dah 4 hari aku dan Kimi diijabkabul. Dan sepanjang tu juga, aku seboleh-bolehnya mengelak dari bersemuka dengan Kimi. Semasa majlis di rumah mak ayah pun sama. Aku langsung tak memandang dia ketika majlis pembatalan air sembahyang. Masa majlis bersanding pun sama. Waktu malam, aku akan cepat-cepat tidur di sofa di dalam bilik aku. Memang aku elakkan untuk tidur sekatil dengan Kimi. Dan aku benarkan Kimi menggunakan katil aku sepenuhnya. Kimi? Dia macam biasa je aku tengok. Takde apa yang nak pelikkan sangat. Kadang-kadang dia layan aku dengan baik. Ambilkan lauk untuk aku. Tapi aku wat dek je. Takut nanti aku jatuh cinta dengan Kimi, nanti aku yang sengsara. 

Hari ni majlis di rumah parent Kimi. Aku termenung sambil muka aku disolek oleh pak andam. Kimi pulak tengah sersiap-siap dengan bantuan pembantu mak andam tu. Aku hanya termenung memikirkan apa yang aku akan hadapi di masa depan. Sesekali aku memandang ke arah Kimi. Dan aku pasti, dia tak perasan pun aku pandang dia. Memang hensem suami aku. Tapi apa kan daya, tu suami atas kertas je. Nak sentuh tak boleh, nak manja-manja pun tak boleh. Tengok je la.

" Nyah, berapa lama lagi nak touch-up I ni? I dah ngantuk la. I nak tidur " tanya aku pada pak andam tu. Penat badan aku dari hari pertama belum hilng lagi.

" Ala nyah, u jangan la tidur. Susah i nak make-up nanti. Dah tu malam-malam orang suruh tidur, u pergi buat 'projek' tu kenapa. Kang tak pasal-pasal ngantuk " balas pak andam tu sambil ketawa.

" Nyah, u nak i cili mulut u ke? I betul-betul penat dan lapar la. " ujar aku sambil aku mencubit halus lengan pak andam tu. Hahaha..Padan muka dia. Selesa aku dengan pak andam ni, macam-macam aku bercerita dengan dia. Dia pulak layan je aku. Sesekali kami ketawa nyaring sampai Kimi memandang aku. Ala.. ada aku kisah dia pandang-pandang. Dia tu bercakap dengan aku pun taknak. Aku ketawa-ketawa dengan nyah ni, dia sibuk tunjuk muka bengang dia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cantiknya. Memang cantik isteri aku ni. Tapi sayang, dia taknak pandang aku langsung. Dalam bilik pun dia buat aku macam halimunan. Langsung tak bercakap dengan aku. Tiap-tiap kali aku masuk bilik, dia dah ready nak tidur ka sofa tu. Nak ajak aku makan pun, dia hanya tolak-tolak lengan aku pakai jari dia. Dah tu sepatah perkataan makan je yang keluar dari mulut dia. Nak kata dia ni tak pandai berborak, aku tengok bukan main syok lagi dia melayan maknyah yang solekkan dia tu. Siap boleh ketawa-ketawa. Kalau dengan aku haram. Cam mahal sangat suara dia tu kalau dengan aku.

Kadang-kadang timbul rasa bersalah aku kat Nani. Ya la, kalau dulu aku tak sound dia, aku rasa dia mesti layan aku elok-elok. Mulut aku ni gatal sangat cakap aku ada special girlfriend. Dulu memang aku ada special girlfriend, lepas tu kitaorang putus. Rasanya dah dekat 10 bulan kitaorang putus. Aku pernah ajak dia kahwin sebelum ni. Tapi dia taknak atas alasan dia belum puas dengan kerjaya dia sekarang. Ya la kerja sebagai peguam, takde masa untuk diri sendiri. Dan sekarang isteri aku adalah anak kawan lama abah. Memang sejuk mata aku memandang dia sejak hari pertama. Tapi disebabkan kelancangan mulut aku sendiri, dia langsung tak nak pandang dan bercakap dengan aku.

" Amboi bang. Kalau ya pun sayang bini, takyah la tengok sampai macam tu " tegur si Andy sambil membetulkan sampin aku.

Spontan dengan itu, Nani memandang Kimi dengan tanda tanya. Saat dua mata berpandangan, Kimi senyum kepada isterinya, Tapi Nani dengan spontan, terus memandang ke arah lain.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik saja majlis tamat, Kimi terus naik ke bilik. Dia yakin Nani ada di dalam bilik. Dia rasa dia perlu membetulkan kesalahan dia dulu. Tak sanggup rasanya Nani asyik membuat dirinya seperti tidak wujud di dunia ni. Sebaik saje pintu bilik dibuka, Kimi terdengar bunyi air dari bilik mandi. Firasatnya betul kerana Nani memang ada di bilik. Sambil membaca majalah Motor, Kimi menunggu Nani keluar dari bilik mandi.

Nani melangkah keluar dai bilik mandi berpakaina lengkap. Dia perlu berkeadaan demikian memandangkan dia perlu menjaga batas dirinya walaupun di depan suaminya. Semenjak kejadian di Pavilion, Nani sememangnya tak mengaggap Kimi sebagai suaminya. Dia hanya menganggap Kimi sebagai salah seorang kenalan saja. Pernah juga dia ingat menegur Kimi untuk berbual-bual dengan lelaki itu, tapi pandangan mata yang dari Kimi terus mematikan niatnya. Sehingga sekarang, Nani berasa takut untuk bercakap dengan Kimi. Takut andai dikatakan perempuan gatal. Ya la orang tak hingin kan, buat apa kita terhegeh-hegeh nak berkawan dengan dia. Nani terperanjat apabila melihat Kimi berada di katil. Terus dia bergerak laju ke beg pakaian dan terus ke sofa. Saat mata dah nak terpejam

" Nani " panggil Kimi

" Nani, jawab la " panggil Kimi lagi

" Mmm..ada apa? " balas Nani

" Abang nak minta maaf sebab pernah sakitkan hati sayang masa kat Pavilion tu. Abang tertekan masa tu " ujar Kimi

" Ok " balas Nani. Apasal pulak la mamat ni berabang sayang dengan aku ni. Dulu bukan main sound-sound aku. Malas aku nak layan

" Nani, i'm really sorry. Please... sayang jangan la buat macam ni. Sejak dari kita nikah, sayang tak pernah pandang abang pun. Sayang buka la mata. Abang suka tengok mata sayang yang cantik tu " ujar Kimi

OMG.... mamat ni biar betul. 

Terkejut Nani sebaik membuka mata. Kimi dah berada di sebelahnya. Jarak antara dia dengan kimi tak sampai sejengkal pun. Otak mamat ni dah tak betul ke.

Seraya dengan itu, Nani terasa dirinya dicempung. Kimi tanpa segan silu mencempung Nani ke katil. Dah tak sanggup rasanya tidur berjauhan dari isteri sendiri. Dah la cantik. Dipeluknya Nani seerat-eratnya, seolah-olah tak mahu lepas.

" Sayang, lain kali jangan tidur jauh dari abang tau. Tempat isteri disisi suami. Kalau nak tidur, tidur sebelah abang. Tak mau jauh-jauh lagi " ujar Kimi sambil mengusap kepala Nani.

" Ek..awak demam ke apa? Ke "

Chup!!

" Sebut lagi awak, abang cium lagi. Bibir tu abang sanggup cium banyak kali." balas Kimi

" A...bang, kenapa tiba-tiba je?" tanya Nani

" Abang nak minta maaf pasal dulu. Abang tipu sayang. Dulu abang memang ada calon isteri tapi kami dah putus. Dah lama kami putus. Mula-mula abang ingat pintu hati abang akan tertutup buat selama-lamanya. Tapi masa majlis nikah kita, hati abang meronta-ronta bila tengok sayang. Abang nak je peluk sayang tapi sayang wat dek je. Kita mula hidup baru je sayang " ujar Kimi

" Ok.. tapi abang kena janji jangan buat macam tu lagi tau. Nak je sayang sound abang juga masa tu. Tapi malas nak gaduh dengan abang masa tu " balas Nani

" Abang janji sayang. Sayang, abang ada permintaan. Abang nak anak 5 orang boleh? " 

Amboi...laki aku ni. Belum apa-apa dah minta 5 anak.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Aku berdoa kepada Allah s.w.t agar jodoh kami dipanjangkan. Dan kami kekal bahagia hendaknya.






  
 

Tuesday, 16 July 2013

DIA TAKDIRKU

DIA TAKDIRKU



 
Panggilan dari ibu tadi betul-betul membuatkan aku berfikir panjang. Panjang yang amat sangat sehingga aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat selama 3 hari. Semua tertanya-tanya kenapa secara tiba-tiba saja aku mengambil cuti. Sedangkan kesemua rakan aku sudah mengetahui sikap aku yang sangat sangat gila bekerja. Cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat selama 18 hari setahun tu sememangnya jarang aku gunakan. Cuti hari raya pun aku tak pernah ambil. Hanya bercuti mengikut calendar pejabat saja.

Aku sudah berumur 28 tahun. Bekerja sebagai logistics coordinator. Ala kerja yang urus-urus lori untuk angkat barang-barang. Aku bekerja di syarikat sekarang selama 7 tahun. Tamat je pengajian di universiti, aku terus menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Aku memang jarang balik kampung. Namun begitu, aku tak pernah lupa untuk menanya khabar kedua ibubapa aku setiap hari. Dalam kesibukkan, aku tetap akan luangkan sedikit masa untuk menelefon mereka di kampung. Dengan cara itu, aku berasa masih dekat dengan mereka. Cuma yang aku tak suka setiap kali menelefon, mesti ibu aku bising tentang hal perkahwinan. Ya la, aku dah umur 28 tahun, teman lelaki pun takde. Kawan lelaki ramai la. Tapi kebanyakkan mereka dah berkahwin dan aku pula kenal rapat dengan isteri dan anak-anak dorang.

Sebentar tadi ibu menelefon memberitahu aku yang dia telah menerima pinangan dari kawan lama ayah aku. Aku cuba menolak risikan ni sama seperti yang aku buat sebelum ni. Tapi kali ni, tolakkan aku langsung tak diendahkan oleh ibu dan ayah aku. Pendek kata ibu aku by hook or by crook, this time you must follow.  Terkejut dengar ibu aku speaking. Tahu la bakal menantu dia tu belajar oversea. Ngada-ngada betul ibu aku ni.

“ Wei Qis, tiba-tiba je kau nak cuti ni kenapa?” Tanya Linda. Linda ni kawan sepejabat aku. Dia ni merangkap kawan baik aku. Pendek kata BFF aku (best friend forever). Semua rahsia aku kat tangan dia. Semua rahsia dia kat tangan aku.

“Emm…aku ada masalah sikit. Nanti aku dah ready, aku cerita dengan kau ya. Sekarang aku nak balik rehatkan otak aku dulu” balas aku.

“ Kau nak rehat atau ambil cuti kahwin ni” balas Linda.

Eh si Linda ni, macam ahli sihir pulak. Cam tahu-tahu je pasal mak aku terima pinangan kawan lama ayah aku tu.

“Kau jangan nak mengarut la. Aku tension pasal benda lain. Lagipun annual leave aku kan banyak lagi. Bagi la chance aku rehat-rehat ya” ujar aku

“ Aku bukan nak kutuk kau, tapi aku rasa kau memang patut cari seorang lelaki untuk dijadikan suami. Takkan kau masih nak tutup pintu hati kau sebab si Jeff tu. Lagipun dah 5 tahun kan kau putus dengan dia. Cuba-cuba la buka sikit mata kau tu. Pandang sikit orang-orang sekeliling kau “ ujar Linda lagi

Jeff…suatu ketika dulu, nama dia pernah bertakhta di hati aku. Hubungan kami hanya bertahan selama  1 tahun selepas secara tiba-tiba dia meminta hubungan kami diputuskan tanpa sebarang alasan. Cuma apa yang aku nampak seorang wanita yang cantik dan seksi memaut lengan Jeff selepas dia memutuskan hubungan kami. Jadi tahulah aku, itu punca kenapa Jeff meminta hubungan kami ditamatkan. Sejak hari itu, aku menutup pintu hati aku untuk insan yang bernama lelaki. Cukup la sekali aku disakiti. Apa yang aku fikir ketika itu, untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Tiba-tiba terasa bahu aku ditepuk dai belakang.

“ Eh minah ni, aku bercakap dia berangan plak “ ujar Linda

“ Hehehe…sorry la beb. Otak dah jammed ni. Aku balik dulu ek. Nanti aku roger kau bila aku dah ready. Bye” balas aku

--------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang 3 hari bercuti, aku hanya berada di dalam rumah. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca al-Quran dan mengadap Allah s.w.t. Selama itu juga aku tak putus-putus berdoa semoga jodoh pilihan ibu ayah aku ni terbaik untuk aku. Solat sunat istikarah juga aku buat agar pilihan yang aku buat ni tepat.

Jari-jari aku mula mencari nombor telefon itu. Ya..aku mencari nombor telefon ibu aku. Keputusan sudah aku dapat. Dan aku akan khabarkan jawapan tu kepada ibu aku.

“ Assalamualaikum ibu”

“ Waalaikumusalam..ha Qis, macamana? Ok tak? Kira ibu ON je la ya”

“ Ala relax la bu. Qis baru bagi salam kan. Sabar la. Memang Qis akan bagi jawapan.”

“ Cepat la sikit Qis. Ibu dah tak sabar ni nak dapat cucu ni”

“ Ibu kan dah ramai cucu. Bukan seorang, 5 orang dah cucu ibu. Takkan tak cukup lagi kot” saje je aku menjawab untuk usik ibu aku

“ Ibu nak cucu dari perut kau tu. Dah tu apa jawapan? “ memang tahap tak pandai sabar ibu aku ni. Tu yang kadang-kadang buat aku malas nak telefon dia tu.

“ Ya la ibu. Qis terima la.” Balas aku dengan lemah

“ Kan bagus macam tu. Hujung minggu depan kau balik kampung. Keluarga dia datang. Kira kita buat majlis bertunang terus la”. Mak oi…. Minggu depan. Ibu aku ni memang tahap tak sabar ni. Ni yang nak tunang aku ke siapa ni. Jangan pulak cakap nk nikah bulan depan. Mampus aku nak apply cuti.

“ Ya la mak. Qis letak dulu ya, Qis nak keluar dengan Linda ni. Assalamualaikum. Kirim salam kat semua kat rumah ni” balas aku

Ok. Satu masalah dah selesai. Ni ada satu masalah lagi. Linda. Aku tak tahu macamana nak bagitahu kat minah ni. Apa-apa lepak dengan dia dulu la.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku sampai ke KLCC lewat 30 minit dari masa yang dijanjikan. Habislah aku kena bebel dengan makcik ni. Adoi…bila aku teringatkan mulut becok dia membebel, memang aku tak leh nak tahan la. Boleh pekak telinga kalau dengar tiap-tiap hari. Memang tahap kelam kabut dah aku ni. Dah la tempat parking kereta susah nak dapat.

Bukkk!!!!!

Adoi…sakitnya kepala aku.

“ Sorry miss. Are you ok? “

“ It’s ok. My fault. Sorry” balas aku berlalu tanpa memandang gerangan hamba Allah yang aku langgar tu. Sorry la ya. I nak cepat, tak sempat nak berkenalan dan berhai-hai.

“ What?? Babe kau biar betul ni? Takde angin, takde rebut…tiba-tiba je kau nak bertunang. Dah tu minggu depan pulak tu.” Tanya Linda dengan nada agak menjerit.

“ Kau perlahan sikit jerit tu boleh tak? Kau tak nampak ke semua orang duk tengok kita kat sini. Agak-agak la kalau nak jerit pun. Rasanya kat bilik tidur pun, kau takde jerit kuat macam ni masa dengan laki kau” balas aku. Geram pulak aku dengan minah ni

“ Wei…kau bawah umur. Jangan nak sibuk hal dalam selimut aku dengan laki aku. Suka hati aku la nak jerit ke apa. Aku tak sangka la kau akan jadi tunang orang minggu depan. Kau ada nak aku tolong apa-apa tak? “ sahut Linda

“ Emmm… aku rasa takde apa. Sebab baru tunang je. Lagipun mak aku cakap simple-simple. Nak nikah nanti, aku tak tahu la macamana. Kau boleh datang tak masa aku tunang minggu depan?’

“ Sorry la dear. Minggu depan dah janji dengan hubby aku. Kitaorang nak pergi Langkawi. Nak honeymoon. Sorry sangat-sangat. Tiket semua pun dah tempeh. Tapi aku janji, time kau nikah, aku aka nada sama. “ pujuk Linda

“ Ok beb. Takde masalah. Lagipun aku ni yang tiba-tiba nak bertunang”

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang dinanti akhirnya tiba jua. Daripada yang aku tahu dari ibu aku, nama bakal tunang aku Syed. Nama penuh aku tak tahu. Umur dia 31 tahun. Ada Master dari University of Queensland. Sekarang kerja as manager. Itu je yang aku tahu. Yang lain aku langsung tak tahu. Tengok muka dia pun tak pernah. Ibu aku pernah nak tunjukkan gambar bakal tunang aku, tapi aku rasa tak perlu la aku tengok. Aku pun rasa tak bersedia untuk kenal bakal tunang aku tu. Nombor telefon Syed masih aku simpan. Tak pernah sekali pun aku tergerak hati nak call atau sms dia.

“Qis, mak Syed nak sarung cincin tu” beritahu ibu

Saat itu, aku mengukirkan senyuman kepada bakal mak mentua aku. Cincin di jari dah disarung. Hati aku tertanya-tanya bagaimana la rupa bakal suami aku.

“ Syed tak datang. Dia banyak kerja. Tak sempat nak apply cuti. Lagipun dia baru mula bekerja kat syarikat tu” bakal mak mentuaku. Ekk…cam tahu je aku nak tengok muka si Syed. Takpe la. Not my day. So memang time nikah je baru dapat tengok muka dia ni.

“ Takpe makcik. Nanti jumpa juga la tu” balas aku

“ Panggil mama sayang. No makcik-makcik. We are family right “ balasnya. Aku membalasnya dengan senyuman manis. Speaking beb mak mentua aku. Eh...bakal mak mentua aku.

Malam tu aku mula berfikir kenapa aku bersetuju dengan pinangan ni. Dengan Syed takde datang majlis bertunang. Aku mula rasa sangsi. Kenapa Syed tak datang majlis hari ni. Adakah dia tak bersetuju dengan pinangan ni. Aku ni perempuan biasa je. Aku tengok keluarga Syed memang keluarga berada. Tengok kereta-kereta yang datang masa majlis pertunangan tu pun dah boleh tahu. Takde satu pun kereta buatan Malaysia. Semua kereta import. Aku tak rasa Syed nak pilih perempuan macam aku untuk jadi wife dia. Mungkin dia kena ugut dengan ayah dia ke. Ya la kan, cam cerita dalam novel-novel yang aku baca banyak macam tu kan. Kena ugut tak bagi harta, terus setuju. Kalau betul, means bakal husband aku ni hipokrit la kan… OMG…. Aku paling tak suka orang macam tu. Adoi, kenapa la aku terima pinangan ni. Aku nak buat apa ni. Rasanya aku dah salah pilih la. Ada karang aku kena dera… Ibu…Qis dah salah buat pilihan ni…

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sehari selepas majlis, aku dah memulakan kerja aku. Tapi semangat aku memang hilang bila memikirkan aku dah buat keputusan yang salah

“ Qis, asal muka kau moyok semacam je. Orang lain bertunang happy je. Yang kau ni pulak kenapa? “ tanya Linda sebaik saya nampak aku melangkah masuk ke ruang pejabat. Aku terus meletakkan beg dan laptop aku di tempat aku. Seraya itu, aku menarik tangan Linda ke pantry. Aku mesti dapatkan pertolongan Linda.

“ Linda… aku rasa aku dah salah buat pilihan. Aku tak patut terima pinangan tu. Kau tak tau, keluarga Syed tu kaya gila. Cuba kau cakap, mana ada lelaki kaya nak perempuan selekeh macam aku ni. Aku rasa aku memang dah salah buat pilihan ni. Macamana ni? “ Aku rasa dah nak nangis bila cerita kat Linda.

“ Kau ni baca banyak sangat novel la. Takdenya semua lelaki macam tu. Kau ingat semua orang kaya nak perempuan yang kaya dan seksi je ke” balas Linda

“ Tapi Linda…serius, memang aku rasa aku dah salah buat keputusan. Kalau aku tahu keluarga Syed tu golongan berada, aku akan tolak pinangan itu mati-matian. Terus ni, cincin dah melekat kat jari aku. Aku nak buat apa ni” balas aku sambil menunjukkan cincin di jari aku.

“ Buat bodoh je la. Takkan nak bunuh diri pulak “

Eh asal tiba-tiba suara Linda jadi garau ni. Aku terus mengangkat kepala memandang gerangan di belakang aku.

“Kau!!!” jerit aku. Muka tu la yang aku taknak tengok. Muka orang yang pernah menghancurkan hati aku. Aku tak tahu kenapa dia boleh ada kat sini. Tapi kenapa aku takde rasa marah pada dia.

Linda dah mula siku-siku aku. Apasal pulak minah ni. Dulu dia bukan main kutuk si Jeff masa kitaorang putus. Laser je mulut dia marahkan si Jeff. Nah sekarang cam tikus duk sorok-sorok belakang aku.

“ Bos, dah sarapan? “ pertanyaan Linda pada si gerangan depan aku betul-betul buat aku kaku. Lidah aku kelu. Bos??? Bila masa dia kerja kat sini. Bila masa dia jadi bos kat sini???

“ Dah. Saya masuk pejabat dulu “

Daripada Linda, baru aku tahu rupanya Jeff adalah salah seorang pengarah urusan di tempat aku bekerja sekarang ni. Masa tu, aku rasa macam nak berhenti kerja sebab aku memang tak nak jumpa dengan mamat ni. Tapi aku sukakan kerja yang aku buat sekarang. Dah la lama gila aku kerja kat syarikat ni. Memang sayang nak blah. So nak tak nak, aku rasa aku kena redha dan pasrah. Dah takdir aku cakap aku kena kerja bawah arahan mamat ni. Memang aku tak nafikan setiap kali kami bekerjasama, jantung aku berdegup laju. Sama seperti dulu semasa kami bersama. Tapi tu aku je la. Aku tengok Jeff ni relak je. Cam takde apa-apa rasa bila bekerja dengan aku. Entah-entah dah kahwin mamat ni. Kahwin tak jemput aku.

Setiap hari ada je perkara yang aku buat salah kat mata Jeff. Agak-agaknya dia ni memang nak suruh aku berhenti. Nampak sangat tak suka aku. Suruh aku buat itu ini. Kerja yang bukan kerj aku pun dia suruh aku buat. Yang aku paling geram, dia suruh aku kerja sampai jam 12 malam. Memang gila la. Dah tu berdua je dengan dia kat pejabat tengah-tengah malam buta. Kalau kena tangkap basah tak ke habis aku kena belasah dengan ayah aku.

Aku tahan sabar dengan semua kerenah Jeff. Aku langsung tak melawan sehingga la satu malam tu, kesabaran aku meletup bak gunung berapi.

“ Bos, I tak boleh stay lewat hari ni. I ada appointment malam ni “

“ Qistina, we got a lot of thing need to settle. Look at your table, so many job files still pending. And now dah month end “

“ But I really need excuse for tonight. I already promise to have dinner with my friend”

“ Friend or boyfriend “

“ Mr Jeff, who are you to care my personal life? It’s my life “ balas aku perlahan

“ Miss Nur Qistina Amani, you really don’t know who am I right? Should I tell you the truth? “ gertak Jeff.

“ Do I need to know? I don’t think so. For your information, I’m engage and next week I will become a wife to someone else “

“ oh…really. What your fiancée name? Do you ever meet your fiancée? “ soal Jeff. Eh mamat ni sibuk sangat pasal tubing aku apahal pulak.

“ Mr Jeff, at least he more handsome that you. And he will not playboy and heartbreaker like you. “ geram betul aku dengan mamat ni. Aku main cakap je walaupun aku tak pernah jumpa Mr tunang aku tu.

“ Memang i handsome. Qis, I’m your fiancée. Do you know about this? “ perlahan je ayat tu keluar dari mulut Jeff. Tapi cukup buat aku kaku. Otak aku mula memproses apa yang aku dengar. Dia tunang aku? Nama tunang aku Syed bukan Jeff. Eh, nama penuh si Jeff ni kan Syed Amin Jeffery. Syed…Jeff… orang sama ke?

“ Sayang, kenapa u diam? Are you ok? “ lembut je suara Jeff. Biasa dia jerit-jerit je kat aku.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Yang aku ingat masa tu, aku angkat beg dengan laptop aku, then terus balik rumah. Dinner dengan Linda pun aku cancel. Aku nak balik tidur. Otak aku dah jammed. Sampai je rumah, aku terus call ibu. Aku dapatkan kepastian nama tunang aku. Dan ya, seperti yang aku jangka, Syed dan Jeff adalah orang yang sama. Aku tak tahu apa yang Jeff nak. Dulu dia yang minta putus dengan aku. Dah tu tanpa sebarang alasan. Dah lepas putus, aku nampak pulak dia tergedik-gedik dengan perempuan lain. Memang dasar playboy.

Aku pening memikirkan hidup aku lepas ni. Dah la lagi seminggu aku akan bernikah. Bernikah pulak dengan si playboy tu. Nak minta putus tunang, ada aku kena parang dengan ayah aku ni. Sebelum tidur, aku sms Linda mengatakan aku akan mula bercuti sehingga majlis perkahwinan aku. Sempat juga aku cerita tentang apa yag terjadi termasuk la Syed dan Jeff tu orang yang sama. Aku tak sangka akan bernikah dengan orang yang dulu pernah aku cintai. Tapi aku tak tahu apa niat sebenar Jeff. Seingat aku tak pernah menyakitkan hati dia. Kenapa dia nak berdendam dengan aku pulak.

---------------------------------------------------------------------------------------------

“Aku terima nikahnya Nur Qistina Amani bin Mohamed dengan mas kahwinnya RM10 ribu tunai” dengan tenang Jeff melafazkan akad nikah tersebut

Sah…sah…sah…

Airmata aku mengalir tanpa aku duga. Aku tak tahu aku menangis kerana gembira atau mengenangkan kesengsaraan aku selepas ini. Ketika majlis pembatalan air sembahyang, aku nampak ketampanan Jeff memang terserlah. Kalau kat pejabat, muka dia asyik nak jerit dekat aku je. Sekarang nak senyum-senyum kat aku pula. Apa yang dia gembirakan sangat pun aku tak tahu. Entah-entah dia tengah fikir macamana nak dera aku. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Dulu dia main tinggal aku macam tu je. Alih-alih datang meminang aku pula.

“ Sayang, you menungkan apa tu? Salam dengan cium tangan I la. Semua orang tunggu you je ni “. Alamak, aku lupa yang majlis ni aku kena cium tangan suami aku. Posing-posing bagai nak rak. Tunjuk senyuman paling manis padahal dalam hati aku menangis. Kenapa la takdir aku macam ni. Linda seolah-olah tidak terkejut semasa aku menceritakan hal yang terjadi. Langsung tak terkejut ok. Aku kenal sangat minah ni, kalau dia terkejut. Masalahnya, dia wat dek je. Dia boleh pesan suruh aku layan laki aku elok-elok. Jangan ganas-ganas. Gila la minah ni. Aku tak tahu dia berpihak pada siapa sekarang ni. Kenapa hati aku rasa cam dia berpihak pada Jeff.

“ Sayang, kenapa asyik termenung je dari tadi ni? Sayang tak happy ke kahwin dengan abang? “
Abang??? Mamat ni memang psyko la.

“ Jeff, I rasa kan, kita tak perlu berpura-pura ya. I tahu you kahwin dengan I sebab parent you suruh kan. I tahu you takde apa-apa perasaan kat i. I takkan salahkan you. Sebab I yang salah. Kalau I tak terima pinangan ayah you mesti you dapat bersama dengan girlfriend you tu. Tadi masa majlis, I ada nampak girlfriend you datang. Kalau I jadi dia, I takkan datang tengok boyfriend I kahwin dengan orang lain. Jadi lepas ni, kalau nak teruskan hubungan dengan dia, I tak kisah, I tahu siapa I kat hati you. “ panjang lebar aku jelaskan kesangsian yang ada dalam hati aku sekarang ni. Air mata yang ingin mengalir, aku tahankan dengan jari aku. Aku kena tabah sebab kesilapan bermula dari diri aku.

“ Sayang…emmm….hubungan I dengan Nisa memang I akan teruskan” ucapan dari Jeff, betul-betul buat hati aku sakit. Sakit yang amat sangat.

Perlahan-lahan Jeff memegang bahu Qis dan memusingkan badan tu mengadap dia. Dengan penuh kasih sayang, Jeff memeluk Qistina. Qistina agak terkejut dengan kelakuan Jeff hanya membiarkan saja kelakuan suaminya. Dengan perlahan Jeff mengatakan sesuatu yang cukup membuat hati aku terharu.

“ Sayang, I love you dari dulu sampai sekarang. Dan sampai ke akhir hayat I “

Selepas tu, baru la Jeff menceritakan aku apa yang terjadi. Perempuan yang aku mati-mati ingat kekasih Jeff tu rupanya adik ipar aku. Jeff cakap adik dia ni memang sosial sikit. Suka pakai baju tak cukup kain. Pahtu mengada-ngada kalau berjalan dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan dia, adik dia Nisa i suka kenalkan Jeff sebagai boyfriend dia. Sengaja nak buat kawan-kawan dia cemburu.
“ Ok. Tapi kenapa tiba-tiba je abang putuskan hubungan kita? Dah la tanpa sebab “ tanya aku

“ Abang dapat tawaran belajar di Australia. Abang ingat nak bawa sayang sama tapi ibu dgn ayah sayang tak benarkan sayang berkahwin sebab masa tu sayang masih terlalu muda. Jadi abang book awal-awal dengan ibu ayah, agar tak terima pinangan orang lain. Kalau sayang nak tahu, abang memang sentiasa call ibu ayah sepanjang 5 tahun ni. Abang nak pastikan sayang tak terima orang lain dalam hidup sayang. Malah Linda tu pun abang selalu contact dia sepanjang 5 tahun ni. Abang takut sayang jatuh hati kat orang lain. Kat Australia tu, abang ada kerja sambil belajar. Sebab abang nekad, balik Malaysia, abang nak pinang sayang terus. Abang tak kejam macam sayang sangka. Hati sayang dah jadi hati abang. Kalau sayang takde, abang pun takde juga. Sepanjang 5 tahun, abang selalu perhatikan sayang dari jauh. Abang rindu sangat dengan sayang. Sekarang tak mahu lepas sayang lagi. 5 tahun abang tunggu. Macam nak mati tau “ cerita Jeff.

Kini tahu lah aku bahawa segala yang aku sangka tu 100 peratus tak betul.

“ Abang, Qis minta maaf. Selama ni Qis kutuk abang macam-macam. Maafkan Qis. Tapi kenapa abang selalu jerit pada Qis kat pejabat. Suara abang saje dah boleh gegerkan 1 pejabat “ pinta aku

“ Hehehe…bab jerit tu abang sengaja je. Abang nak perhatian dari sayang. Habis sayang tu asyik melayankan si Zainal je. Abang geram la. Tu abang paksa sayang buat kerja depan-depan abang. “ ujar Jeff sambil tersenyum.

Memang nak kena suami aku ni. Suka-suka jerit sebab cemburu. Pantas je tangan aku mencubit paha dia. Biar dia rasa. Suka hati dia buat aku sengsara 5 tahun ni. Tapi aku bersyukur kerana dia cinta pertama dan terakhir aku. Syukur pada Allah s.w.t kerana memanjangkan jodoh kami.